Rab08232017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 6pm

Back Utama Kenyataan Ketua/Pemangku DUPP Perutusan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Sempena Sambutan Hari Guru

Perutusan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Sempena Sambutan Hari Guru

PERUTUSAN KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT SEMPENA SAMBUTAN  HARI GURU 2017

Allah S.W.T Berfirman:

Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa beliau memberi nasihat kepadanya:"Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Lokman:13)

Guru adalah pembimbing ummah yang menjadi teras kepada masyarakat. Maka tugas utama seseorang guru sebagai pendidik juga pendakwah ialah perlunya membangkitkan atau mewujudkan rasa kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam masyarakat. Kesedaran ini sangat penting untuk meninggikan lagi taraf sosial, ekonomi dan lebih-lebih lagi pengetahuan mengenai ilmu agama supaya umat Islam disegani dan dihormati oleh penganut agama lain.

Oleh yang demikian, guru sebagai pendidik harus menyedari tentang realiti masyarakat. Malah menyeru kepada kebaikan dan menghindarkan diri daripada sikap suka bermusuh-musuhan serta bertanggungjawab terhadap agama dan negara. Dalam usaha kita membina sebuah negara yang adil dan sejahtera, semangat bekerjasama dalam perkara yang mendatangkan kebaikan kepada agama dan ummah hendaklah diutamakan.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan perhargaan kepada seluruh warga pendidik walau dimana jua anda berada. Sesungguhnya segala didikan yang baik dan ilmu yang diajar pasti akan mendapat ganjaran yang lumayan daripada Allah SWT. Dalam hal ini, Nabi SAW ada bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang membuat teladan suatu kebaikan lalu diikuti teladan tersebut, maka ditulis baginya pahala seperti orang yang melakukan (perbuatan baik) tersebut tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun”. (Riwayat Muslim)

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

“MEMBINA NEGARA SEJAHTERA”

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

19 Syaaban 1438H / 16 Mei 2017M