Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah PAS Sabah Mengharapkan Kolej Islam Sabah Jadi Realiti

PAS Sabah Mengharapkan Kolej Islam Sabah Jadi Realiti

Utusan Borneo hari ini, 26 Oktober 2016 (Rabu)

PAS SABAH MENGHARAPKAN KOLEJ ISLAM SABAH JADI REALITI


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengharapkan berita gembira bagi masyarakat Islam khususnya untuk pembinaan Kolej Islam di negeri Sabah. Penantian ini sudah terlalu lama. Berdasarkan hasil penelitian kami, bajet Kolej Islam ini sudah diluluskan sebanyak 30 juta sejak tahun 2008 lagi. Ianya juga dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada waktu itu.

Antara perkara yang dinyatakan pada waktu itu ialah kolej ini akan dibina berhampiran dengan pekan Beaufort dan fasa pertama akan melibatkan kos sebanyak 5 juta ringgit. Fasa pertama sepatutnya siap pada tahun 2010.

PAS Sabah sangat mengharapkan pembinaan kolej ini dapat direalisasikan oleh kerajaan negeri. Setelah lebih kurang lapan tahun peruntukan tersebut diluluskan. Tetapi sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda pembinaan ini terlaksana.

Kerajaan negeri sepatutnya memberi penjelasan yang telus terhadap perkara ini. Selain daripada Maahad Tahfiz Wal Qiraat dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS), sudah sampai masanya Sabah mempunyai satu lagi institusi pengajian tinggi berteraskan Islam. Ini juga bagi memenuhi kelangsungan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah agama di Sabah untuk melanjutkan pelajaran peringkat pengajian tinggi.

PAS Sabah yakin akan kemampuan pelajar-pelajar Islam di Sabah. Kolej ini pasti akan dapat meningkatkan semangat kepada anak-anak Sabah untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah