Ahd05282017

Last updateAhd, 28 Mei 2017 1am

Back Utama Kenyataan Pesuruhjaya PAS Sarawak Lengkapkan Peralatan Bomba Dengan Teknologi Canggih

Lengkapkan Peralatan Bomba Dengan Teknologi Canggih

Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei lalu mempunyai sejarah tersendiri. Mengapa ia dipilih pada tanggal 4 Mei. Ia telah diperkenalkan selepas cadangan melalui e-mel di seluruh dunia pada 4 Januari 1999 kerana kematian lima anggota bomba dalam keadaan tragis dalam kebakaran semak belukar di Australia. 4 Mei digunakan untuk menjadi Hari Anggota Bomba tradisional di kebanyakkan negara Eropah, kerana ia adalah hari Saint Florian, penaung saint petugas pemadam kebakaran.

St Florian diperingati dalam Martyrology Roman pada 4 Mei, St. Florian telah dianggap sebagai penaung Poland serta Linz, Upper Austria dan anggota bomba. Terdapat pengabdian popular St Florian di banyak tempat di Eropah Tengah, dan tradisi mengenai kematiannya, tidak jauh dari tempat di mana Enns mengalir ke dalam Danube, adalah kisah lama dan boleh dipercayai. Banyak mukjizat penyembuhan yang dikaitkan dengan syafaat beliau dan dia dipanggil sebagai pelindung berkuasa dalam bahaya kebakaran atau air. Hari perayaan beliau ialah 4 Mei. 

Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei adalah hari mengucapkan terima kasih kepada semua anggota bomba di atas komitmen yang luar biasa, keberanian yang luar biasa dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjalankan tugas menyelamatkan nyawa dan harta benda. 

Misi Bomba "Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat." 

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. 

Sarawak mempunyai keluasan tanah serta sukar bagi pihak bomba untuk menjalankan tugas terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar. Untuk sampai ke tempat kejadian memakan masa yang lama dan pihak berwajib perlu memperbanyakkan lagi balai bomba di kawasan yang berkenaan. 

Dalam era global ini kenderaan bomba perlu ditambah dan dilengkapi dengan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk mencegah kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda. Kita mengesa pihak berwajib memberi lebih perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh pihak bomba agar mereka dapat menjalankan tugas dengan selesa dan selamat. Lengkapkan peralatan bomba dengan teknologi canggih untuk mencapai misi dan objektif memberi khidmat kemanusian dengan lebih cekap dan berkesan. 

PAS merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang komited dalam menjalankan tugas. Jasa mereka menjalankan tugas tanpa mengira masa dan waktu dalam usaha menyelamatkan nyawa dan harta benda amat dihargai. 

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

English version 

Complete The Firefighting Equipment With Advanced Technology 

International Firefighters' Day which is celebrated worldwide on May 4 has its own history. Why it was chosen on May 4. It was instituted after proposal emailed out across the world on January 4, 1999 due to the deaths of five firefighters in tragic circumstances in a bushfire in Australia. May 4 used to be a traditional Firefighters' Day in many European countries, because it is the day of Saint Florian, patron saint of firefighters. 

St. Florian has been regarded as a patron of Poland as well as of Linz, Upper Austria and of firemen. There has been popular devotion to St. Florian in many parts of central Europe, and the tradition as to his martyrdom, not far from the spot where the Enns flows into the Danube, is ancient and reliable. Many miracles of healing are attributed to his intercession and he is invoked as a powerful protector in danger from fire or water. His feast day is May 4th.

International Firefighters' Day which is celebrated worldwide on May 4 is a day to thank all firefighters for their tremendous commitment, exceptional courage and selflessness for the sake of duty to save lives and property. 

Firefighters Mission "Fire and Rescue Department of Malaysia is committed to provide professional fire and rescue service using latest technology and resources effectively towards saving lives, properties and the environment. 

Fire and Rescue Department, Malaysia (FRD) has the objective to provide prevention and firefighting, enforcing the laws related to safety and firefighting and provide humanitarian services efficiently and effectively. 

Sarawak has a total land area, and difficult for the firefighters to carry out the task, especially in remote and rural areas. To get to the scene take a long time and authorities need to multiply the fire station in the area concerned. 

In this global era fire engines should be increased and equipped with more modern equipment and technology to prevent casualties and loss of property. We urge the authorities to pay more attention to the problems faced by the fire department so that they can carry out tasks safely and comfortably. Complete the Firefighting equipment with advanced technology to achieve its mission and objectives to serve humanity more efficiently and effectively. 

PAS expressed a Happy International Firefighters' Day 2017 to all employees, members and the team staff of Malaysian Fire and Rescue Department which committed to carry out the task. Their services carrying out duty regardless of time and timing in order to save lives and property is much appreciated. 

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief