Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Kenyataan Pesuruhjaya PAS Sarawak Ancaman Penyakit Anjing Gila di Sarawak Perlu Ditangani Segera

Ancaman Penyakit Anjing Gila di Sarawak Perlu Ditangani Segera

Penyakit anjing gila atau Rabies adalah penyakit virus yang menyebabkan keradangan otak pada manusia dan mamalia lain. Tanda awal mungkin termasuk demam dan kesemutan di bahagian yang terdedah. 

Virus rabies didapati dalam tisu saraf mamalia yang dijangkiti. Kerana virus ini berfungsi perjalanan ke otak, ia mula dirembeskan dalam air liur haiwan. Manusia dan mamalia mendapat rabies apabila air liur berjangkit dimasukkan ke dalam badan, biasanya melalui gigitan dari haiwan yang dijangkiti. 

Kes pertama yang melibatkan kematian dua daripada tiga adik beradik Monica dan Jackson Mazlan berusia enam tahun dan empat tahun  yang dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila di Serian semalam. Mereka telah disahkan mati otak dan ibu bapa mangsa bersetuju untuk menghentikan penggunaan mesin bantuan hayat. 

Kita amat simpati akan nasib yang menimpa keluarga mangsa yang kehilangan anak kesayangan mereka. PAS menggesa kerajaan segera menangani virus rabies ini daripada merebak dengan mengambil tindakan  menghapuskan anjing-anjing yang disyaki dijangkiti virus rabies. 

Kami mengesyorkan bahawa kerajaan segera menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran terutamanya di kawasan yang disyaki mempunyai virus rabies dan mengelakkan kanak-kanak atau sesiapa saja daripada mendekati atau melalui kawasan yang terdapat banyak anjing liar. 

Mereka yang memelihara anjing juga perlu diperiksa untuk mengelak daripada terkena gigitan atau serangan virus rabies. Anjing peliharaan juga perlu diperiksa untuk menjaga keselamatan penduduk sekitar. Jangan biarkan anjing mereka merayau-rayau keluar tanpa jagaan. 

Pihak kerajaan perlu mencegah virus ini dari merebak dan mengatasi masalah ini dengan segera kerana ianya mengancam nyawa dan keselamatan penduduk yang terbabit. 

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

English version

 

The Threat Of Rabies In The State Need To Be Addressed Immediately  

Rabies is a viral disease that causes brain inflammation in humans and other mammals. Early signs may include fever and tingling in the exposed part. 

The rabies virus is found in infected mammary tissues. Because the virus works to travel to the brain, it begins to be secreted in saliva. People and mammals get rabies when infectious saliva is inserted into the body, usually through the bite of an infected animal. 

The first case involving the death of two out of three siblings Monica and Jackson Mazlan aged six and four years who were infected with rabies in Serian yesterday. They were diagnosed with brain death and the victim's parents agreed to stop using the life-support machine. 

We are very sympathetic to the plight of the families of those who lost their loved ones. PAS urged the government to immediately address the rabies virus from spreading by taking action to eliminate dogs that are suspected of being infected with rabies. 

We recommend that the government immediately catch the stray dogs that roam especially in areas that are suspected of having a rabies virus and prevent children or anyone from approaching or through the area that a lot of stray dogs. 

Those who keep dogs also need to be checked to avoid being bitten or rabies virus attack. Pet dogs should also be checked for the safety of the residents. Do not let their dogs wander out without care. 

The government should prevent this virus from spreading and addressing this problem immediately as it threatens the lives and safety of the affected population. 

 

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief