Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Kenyataan Pesuruhjaya PAS Sarawak Mengapa Tiada Peruntukan Untuk Membina Jalan Dan Saliran Untuk Petani Ke Ladang?  

Mengapa Tiada Peruntukan Untuk Membina Jalan Dan Saliran Untuk Petani Ke Ladang?  

 

MIRI - Ladang atau kebun untuk petani yang mengusahakan tanah mereka dengan menanam berbagai jenis tanaman menghadapi masalah untuk membawa hasil tanaman mereka keluar akibat jalan dan sistem peparitan di kawasan kebun tidak sesuai untuk dilalui oleh kenderaan ringan. 

Ramai pekebun kecil yang mengusahakan tanah mereka menghadapi masalah ini ketika musim hujan lebat dan jalan akan penuh lopak dan banjir kilat berlaku disebabkan sistem peparitan yang tidak baik dan tersumbat. 

Pekebun di kawasan tanah skim penanaman kelapa di jalan Cahaya Lopeng Miri mengadu masalah ini kepada pihak kami.  Salah seorang pekebun yang dikenali sebagai Armin mengadu yang jalan masuk ke kebunnya hanya diturap separuh jalan dengan batu kerikil dan sistem peparitan di kawasan sekitar menuju ke kebun amat teruk kerana tersumbat dan penuh dengan rumput rumpai. 

Kita mengesa agar pihak yang berkenaan dapat membina jalan kerikil sepenuhnya dan membersihkan rumput rumpai yang menghalang saliran air yang mengalir dalam parit tersebut. 

Jika jalanraya di bandar telah banyak kali diturap mengapa jalan untuk petani dan pekebun ke kebun atau ladang tiada peruntukan. Sepatutnya kerajaan lebih memberi tumpuan kepada penduduk yang memerlukan perkhidmatan dan kebajikan untuk memudahkan urusan mereka menjual hasil mereka dari ladang. Masalah ini selalu dihadapi oleh pekebun kecil dan mereka yang kurang berkemampuan untuk membina jalan dan saliran parit untuk tanaman mereka. 

Penduduk kampung di Pujut dan sekitarnya terutama yang kurang berkemampuan mengharapkan masalah mereka ini diberi perhatian oleh pihak kerajaan agar usaha mereka membangunkan tanah kebun ini dapat memberi hasil dan dapat meringankan bebanan pembelanjaan mereka seharian. 

Kami berharap pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dengan membina jalan batu dan sistem saliran yang baik untuk mengelakkan banjir kilat di kawasan itu. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai. 

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

**************************************************************************************************** 

English version 

Why No Provision To Build Roads And Drainage For A Farmer To Farm? 

MIRI - Farm or garden for farmers cultivating their land by planting various types of plants have a problem to bring out their produce due to road and drainage system in the garden area was unsuitable for light vehicles. 

Many small farmers who cultivate the land they encountered this problem during the heavy rains and the road will be full of puddles and flash floods occur due to bad drainage and clogged. 

Gardeners in the area of coconut planting scheme in the Jalan Cahaya Lopeng Miri complained this issue to us. One of the gardeners, known as Armin, complained that entrance to the garden is only half-way paved with gravel and drainage in the surrounding area into the garden very severe because it is clogged and full of weed grass. 

We urge the relevant parties to fully build a gravel road and clean weed grass that prevents the drainage of water flowing in the ditch. 

If the roads in the city have been so many times been paved why the roads for farmers and gardeners to the garden or farm have no provisions? The government should focus more on the people who need the services and welfare to facilitate them to sell their produce from the farm. This problem often faced by small farmers and those who cannot afford to build roads and irrigation ditches for their crops. 

Villagers in Pujut and its surroundings, especially the less fortunate they expect this problem to be addressed by the government for their efforts to develop this plot of land can produce results and can reduce the burden of their everyday spending. 

We hope relevant parties can quickly solve this problem by building a gravel road and a good drainage system to avoid flash floods in the area. Cooperation with the relevant parties is highly appreciated. 

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief