Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

PERUTUSAAN TAKZIAH

Parti Islam Semalaysia (PAS) Selangor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Putri Sofiah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah

Adalah dengan rasa penuh dukacita, PAS Selangor merafak sembah takziah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kemangkatan adinda Tuanku, Yang Amat Mulia Tengku Putri Sofiah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.

Patik sekalian mendoakan semoga roh Almarhumah YAM Tengku Putri Sofiah di tempatkan dikalangan para solehah di sisi Allah.

Sejahtera Bersama Islam

 Yb Tuan Hj Sallehen Bin Mukhyi

Pesuruhjaya PAS Selangor