Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Perutusan Eidulfitri 1438 H Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Selangor

Perutusan Eidulfitri 1438 H Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Selangor

Perutusan Eidulfitri 1438 H
Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Selangor

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Bersyukur kita kehadrat Allah kerana dapat bersama menyambut Eidulfitri pada tahun ini setelah kita melalui satu fatrah atau tempoh penting dalam kehidupan seorang hamba Allah di bulan Ramadhan al Mubarak.

Ramadhan mengajar kita erti hamba yang bersyukur dengan mengerjakan segala amal soleh dan rutin kehidupan yang dianjurkan oleh Islam. Betapa sejahteranya kita dalam bulan Ramadhan dengan melalui kehidupan yg teratur mengikut kehendak Islam. Alangkah sejahteranya kalau kita terus menjadikan Islam sebagai cara hidup selepas dari bulan Ramadhan.

Ramadhan juga meningkatkan daya jihad kita untuk melawan segala kekejian dan kemungkaran serta sistem yang menindas manusia. PAS sentiasa istiqamah dan komited dalam hal ini. Ayuh kita bersama bertekad dan berazam dengan segala kekuatan yang telah kita bina bagi meruntuhkan rangkaian penindasan dan penghalang untuk kita Sejahtera Bersama Islam.

Eidulfitri adalah keraian bagi kemenangan kita setelah mengharungi kepayahan bagi meraih darjah ketaqwaan. Semoga lebaran yang diraikan memberi erti dan Allah menerima segala amal.kita.

SALAM EIDULFITRI

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM


YB Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya
PAS Selangor

1 Syawal 1438 H