Kha09212017

Last updateKha, 21 Sep 2017 12am

ADUN Puteri Wangsa Rai Pelatih Tentera Darat

 

PUTERI WANGSA : ADUN Puteri Wangsa, YB Ustaz Abdullah telah menyampaikan sumbangan sempena Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) baru-baru ini.

Sebanyak 10 buah hamper telah disumbangkan kepada wakilnya iaitu Lt M Siti Nur Hafizah Binti Mohamad Noh di Pejabat ADUN Puteri Wangsa.

Menurut wakilnya, penganjuran pertandingan ini adalah salah satu keperluan di dalam pelaksanaan Kursus Tempur Pegawai Muda Siri 1/2017.

Malah, ianya membolehkan para pegawai muda menamatkan kursus mereka dengan jayanya.

Selain itu, dengan penyerahan sumbangan tersebut, diharapkan dapat meneruskan kesinambungan jalinan rapat di antara kedua-dua pihak.