Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Ziarah Ramadhan Pas Kawasan Muar

Maharani, 15 Jun 2017 : Hari ini  ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, dengan diiringi oleh YDP PAS Muar, Tn Hj Abd Hj Abdul Aziz Talib, Timbalan YDP, Tn Hj Cheman Yusoh dan PA YB, Saudara Mad Alif Baharum berkesempatan menziarahi Encik Ibrahim Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yem, seorang pesara Johor Military Force. Beliau genap berumur "70 tahun 20 hari" pada hari ini.

Selain itu, ADUN Maharani menyumbang sebuah kerusi roda baru menggantikan yang lama dan sudah rosak. Beliau dipotong kaki kirinya lebih sepuluh tahun lalu kerana penyakit kencing manis. Beliau sangat menghargai sumbangan ini dan menganggap ia sebagai hadiah hari raya yang sangat bermakna. Manakala, Tn Hj Cheman Yusoh pula menyampaikan beras fidyah sumbangan qariah Masjid Parit Pechah, Muar kepada beliau.

Sementara itu, untuk menampung perbelanjaan harian, beliau telah menjual barangan harian, sayur, dan buah-buahan. Pada tahun 2013 yang lalu, beliau turut dikurniakan motorsikal roda tiga oleh DYMM Sultan Johor sempena Kembara Mahkota Johor. Alhamdulillah sempena keberangkatan DYMM Tuanku ke Pasar Pt Jawa baru-baru ini, DYMM Tuanku berkenan untuk mengurniakan sebuah  kenderaan baru kepada beliau.

Oleh itu, diharap saudara-saudara yang terjumpa beliau semasa menjual barang-barang keperluan dengan motorsikalnya di sekitar Pekan Parit Jawa agar membuat sedikit sumbangan dengan membeli barang -barang yang dibawanya.