Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Adun Puteri Wangsa Teruskan Santuni Warga Tebrau (Siri 2)

Tebrau, 21 Jun 2017- Meskipun Ramadhan berbaki beberapa hari lagi, hal ini sama sekali tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti kebajikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Puteri Wangsa (N 41) bersama-sama PAS Tebrau dalam usaha mendekati masyarakat di sini.

Siri jelajah ziarah kebajikan ini yang turut disertai oleh Adun Puteri Wangsa sendiri iaitu YB Ustaz Abdullah bin Husin, merangkap Pesuruh Jaya PAS Johor, kali ini diteruskan dengan ziarah terhadap keluarga-keluarga asnaf.

Antara lokasi terpilih ialah Taman Daya, Taman Puteri Wangsa, dan Taman Desa Jaya. Sebelum itu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Puteri Wangsa juga telah bersama-sama sebuah badan NGO iaitu Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) Johor menyertai kunjungan ziarah menyantuni 13 buah keluarga asnaf di sekitar Tebrau, pada 12 Jun yang lepas.

Diharap, jelajah ziarah seumpama ini mampu menggembirakan hati warga asnaf dalam menyambut Syawal yang tinggal beberapa hari lagi. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan buat warga kerja Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Puteri Wangsa serta PAS Tebrau yang sentiasa komited mendahulukan kebajikan rakyat khususnya di dalam Parlimen Tebrau ini.