Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Jelajah Ramadhan YB Ustaz Abdullah

Tebrau, 23 Jun 2017: Sepanjang bulan Ramadhan ini, adalah menjadi kelaziman oleh masyarakat Islam untuk mempelbagaikan aktiviti demi memanfaatkan kelebihan yang ada dalam bulan yang mulia ini. Begitu juga buat Adun Puteri Wangsa sendiri iaitu YB Ustaz Abdullah bin Husin. Pesuruh Jaya PAS Johor itu yang tidak lekang senyuman di bibir masih mampu memenuhkan jadual beliau dengan pelbagai aktiviti di sekitar sini meskipun sibuk dengan tugasan hakiki sebagai Adun.

Antara program yang dihadiri YB Ustaz Abdullah ialah seperti Ribat Tarbawi 1.0 anjuran Dewan Ulama’ PAS  Negeri Johor dengan kerjasama Urusan Ulama' PAS Tebrau di Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid di Kg. Maju Jaya; program berbuka puasa dan solat terawih masing-masing di Surau Felda Ulu Tebrau, Masjid Kg. Maju Jaya, dan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn sebagai usaha mendekati masyarakat di sini selain  memenuhi tuntutan fardhu sebagai seorang Islam.

Selain itu, keterlibatan YB Ustaz Abdullah di dalam majlis-majlis anjuran PAS Cawangan sekitar sini amat mengujakan semua pihak seperti program sumbangan kepada mereka yang memerlukan anjuran PAS Cawangan Kangkar Tebrau; program edaran bubur lambuk anjuran PAS Cawangan Kg. Pasir Putih; serta meraikan majlis berbuka puasa di rumah Bendahari PAS Tebrau di Taman Pasir Putih.

Sesi jelajah anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Puteri Wangsa (N 41) sebegini adalah sebagai salah satu usaha untuk cakna masyarakat oleh pihak PAS, khususnya PAS Tebrau. Semoga YB Ustaz Abdullah bin Husin semakin mendapat tempat di hati masyarakat dalam Parlimen Tebrau amnya dan Dun Puteri Wangsa khususnya.