Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Kemeriahan Syawal Dirai

Muar, 7 Julai 2017 – Baru-baru ini, Masjid Ubudiah telah menganjurkan sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri . Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri lebih 700 orang anak kariah masjid di sekitar Parit Pulai hingga Parit Seri.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan sumbangan duit raya untuk anak-anak oleh Pengerusi Masjid Hj Mohd Noh Yunus, Yb Maharani Dr Hj Mohamad Taslim, dan Yb Sg Balang Pn Zaiton Ismail.

Malah, majlis turut dihadiri oleh As-Syeikh Hj Fahmi Samad selaku Qadi Daerah Muar, Imam Daerah iaitu As-Syeikh Hj Nazri Ali, Penyelaras Masjid Daerah Hj Masri Tahir, Penghulu Mukim Tok Zulkifli Rohsah, ketua-ketua kampung, imam-imam masjid dan surau di sekitar kawasan tersebut.