Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Pas Tebrau Anjur Majlis Kesyukuran & Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Tebrau, 21 Julai 2017 - PAS Kawasan Tebrau dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Putriwangsa dan PASTI Al-Irfan Tebrau telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 16 Julai 2017 yang lalu. Majlis telah berlangsung di perkarangan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Puteri Wangsa, Ulu Tiram , Johor.

Bermula dari jam 11 pagi hingga 3petang, pihak penganjur telah menerima kehadiran tetamu seramai hampir tiga ribu orang dari pelbagai kaum.  Selain itu, majlis telah dirasmikan oleh YB Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Malah, kehadiran wakil daripada Badan kerajaan, NGO dan beberapa tokoh pimpinan seperti Datuk Hj Nik Zawawi Bin Nik Salleh (Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS),  Datuk Dr Mahfodz Mohamad ( Ketua Dewan Ulama PAS) , Ust Juwahir Bin Amin (Pengarah PASTI Negeri Johor), Tn Hj Jailani bin Sukri (Pegawai Khas PAS Dun Tiram),  Steven Choong Shiau Yoon ( Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kawasan Tebrau),  saudari Darwena bt Masuruni,  Ketua Briged Muslimat Johor serta Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Johor iaitu Cik Kumutha Raman telah menambah seri majlis pada hari tersebut.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penglibatan murid-murid PASTI dalam aktiviti mewarna dan  kaunter khusus bagi pendaftaran murid baru PASTI sesi 2018. Bahkan kaunter semakan daftar PRU juga dibuka bagi memberi peluang kepada para tetamu untuk mendaftar atau membuat semakan data pengundi.

Sesungguhnya kehadiran bulan Syawal ini telah dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli dan merapatkan ikatan perpaduan dengan bangsa lain.