Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

TERAPI JIWA MELALUI JUZ 14

Keyakinan manusia kepada kuasa Allah sangat penting untuk pengukuhan akidah yang berterusan. Sekiranya seluruh umat Islam beriman tanpa sekelumit curiga terhadap wahyu Allah, nescaya kemuliaan dan kemenangan sentiasa berpihak kepada mereka. Jika Allah berkehendak, segala-galanya boleh terjadi dengan kuasa Kun Fayakun-Nya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: "Jadilah", maka menjadilah ia. [Al-Nahl: 40]

Allah berkuasa mutlak mengurniakan kemenangan kepada seseorang hamba-Nya walaupun sekalian makhluk bangkit menentang. Begitulah juga, Allah berkuasa menimpakan kemudharatan dan kekalahan kepada pasukan lengkap bersenjata walaupun berada dalam kawalan rapi. Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah, bermohonlah tanpa putus asa.

AHMAD BIN YAKOB
14 Ramadhan 1438H
Sila Layari:

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/

https://www.instagram.com/datoahmadyakob/