Sel07252017

Last updateIsn, 24 Jul 2017 11pm

Persepsi jahat tuduhan Kerajaan kutip wang haram.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Dato' Haji Anuar Tan Abdullah mengingatkan ADUN Salor, Dato' Husam Musa agar lebih rasional dalam membuat tuduhan.

Beliau merujuk kepada Sidang Media ADUN Salor beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang cuba mengaitkan Kerajaan Negeri secara langsung dengan aktiviti 'money scammer' dan bitcoin.

"Saya rasa ini satu fitnah, bahkan satu tuduhan yang begitu serius sekali. YB Dato' Setiausaha Negeri seorang yang begitu jurus (jujur). Pencenpun Tuanku lanjutkan lagi, takkan dia benarkan Dato' Pegawai Kewangan Negeri gi kutip duit haram untuk dibayar (gaji) kepada seluruh kakitangan di negeri Kelantan.

Jadi saya berharap kena berhati-hati. Hati-hati dalam tuduhan ini," nasihat Anuar kepada Husam.