Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Edaran Bubur Lambuk: Semai Akhlak Saling Membantu

Edaran Bubur Lambuk: Semai Akhlak Saling Membantu


BUKIT GANTANG : Lajnah Kebajikan PAS Bukit Gantang dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang telah mengadakan program edaran bubur lambuk bersempena Ramadan diedarkan di Bazar Ramadhan sekitar Parlimen Bukit Gantang, 21 Jun lalu.

Program itu bukan sahaja menyaksikan keberadaan kepimpinan PAS Kawasan dengan masyarakat setempat bahkan ia memupuk sifat bersedekah .

Edaran bubur lambuk diketuai Ahli parlimen Bukit Gantang , YB Ustaz Idris Ahmad bersama-sama YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Faisal Abdul Rahman serta barisan kepimpinan PAS Kawasan , kepimpinan Dewan Pemuda , Dewan Muslimat dan Jabatan Amal Bukit Gantang.

Kira-kira 700 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan di Bazar Ramadan Batu 2 setengah dan Bazar Ramadan Taman Kota Jaya ,Simpang .

Sebanyak 950 bungkus bubur lambuk lagi telah berjaya diagihkan di Bazar Ramadan Pekan Changkat Jering , Pekan Bukit Gantang dan Kampung Changkat Ibol .

Edaran bubur lambuk bertujuan meraikan kegembiraan Ramadan bersama masyarakat setempat di samping merapatkan ukhwah silaturrahim antara wakil rakyat serta masyarakat sekeliling.