Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

PAS Turun Dekati Kaum Cina

BANGI:  Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, satu sesi ziarah telah diadakan di Kajang Mewah dan Kajang Raya pada 12 Februari yang lalu.

Aktiviti ziarah ini telah dilakukan oleh ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah dan Ketua Pemuda PAS Serdang, Saudara Rosli Jusoh.

Sesi ziarah kali ini membuka ruang kepada PAS untuk mendekati bangsa Tionghua bagi menerangkan isu semasa dan produk kerajaan negeri Selangor.

Menurut YB Shafie Ngah, sebanyak 3 program sebegini telah dilakukan sebelum dan semasa Perayaan Tahun Baru Cina.

"Sebelum ini kami telah membuat sesi ziarah sebanyak 3 kali bagi mendekati kaum cina. Edaran buah limau turut diberikan sebagai simbol kegembiraan menyambut perayaan tahun baru", ujjar beliau.