Isn08212017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 9am

Program Mesra Rakyat Parlimen Hulu Langat Meriah

BANGI: Satu program menyantuni rakyat Parlimen Hulu langat telah diadakan pada 12 Februari yang lepas di Perkarangan Flat, Taman Kota Cheras Kajang.

Program Mesra Rakyat Parlimen Hulu Langat ini bertujuan untuk menyemarakkan silaturrahim antara pimpinan Hulu Langat dengan masyarakat setempat.

Pelbagai program telah diadakan antaranya program ziarah Medik, al-malak dan pesara pasukan beruniform. Sesi ziarah ini turut menawarkan khidmat fisioterapi kepada rakyat.

Selain itu, pemeriksaan gigi dan kesihatan percuma turut diadakan disamping pelbagai aktiviti seperti rewang, klinik memanah, sukaneka, gubahan dan mewarna bagi meraikan anak-anak kecil yang hadir.

Antara pemimpin setempat yang hadir adalah YB Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Hj Razaly Hasan, ADUN Dusun Tua dan YB Dato Seri Wan Azizah ADUN Kajang.

Dalam program tersebut YB Che Rosli sempat menyeru rakyat agar memberi sokongan dalaman memartabatkan agama Islam melalui RUU355 disamping bersatu dalam perkara berkaitan agama.

"Marilah kita menyokong RUU 355 kerana ia adalah perkara yang berkaitan agama Islam".

Rakyat cina berasa bangga, terharu dan berbesar hati atas kunjungan pimpinan setempat ke kediaman mereka.

"Saya sangat terkejut dan sungguh terharu apabila YB sudi datang bertandang ke rumah saya" maklum Chang Mei Ling, yang merupakan salah seorang penduduk Flat berkenaan.