Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 10am

Wanita dan Kerjaya

Pagi ini saya (15 Mei 2017) bersama YB Haji Razaly Hassan dan Dewan Muslimat Pas Hulu Langat berkesempatan untuk menyampaikan sedikit cenderahati dan pulut kuning ke Klinik Kesihatan Beranang, Klinik Kesihatan Sg Chua dan Pusat Latihan Perubatan UKM Batu 14, Hulu Langat.

Sempena menghargai jasa dan pengorbanan para jururawat, doktor dan ahli farmasi yang berganding bahu membantu dan menyelamatkan pesakit di kawasan Hulu Langat khususnya dan Malaysia amnya.

Di samping itu, saya merakamkan ucapan Selamat menyambut Hari Jururawat, Hari Ibu & Hari Guru buat semua wanita. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas penglibatan wanita dalam sektor sosio-ekonomi, perubatan, pendidikan, pembangunan keluarga dan kemasyarakatan.

Didoakan agar semua wanita tabah dalam menjalani cabaran semasa dan sabar dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugas kerja yang diamanahkan.

Sirru 'ala barakatillah.
#SejahteraBersamaIslam

YB Dr Che Rosli Che Mat
Ahli Parlimen Hulu Langat
YDP PAS Kawasan Hulu Langat