Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

ADUN Meru Santuni Anak Rohingya

ADUN Meru, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman berasa cukup bertuah pada hari ini kerana berkesempatan berbuka puasa, memberi tazkirah ringkas dan menjadi imam solat Maghrib bersama 64 orang anak-anak Rohingya di Asrama Ma'ahad Al Islahiyah Al Islamiyah di Kampung Batu Belah, Klang Selangor.

Disamping memberi sumbangan dalam bentuk makanan seperti beras dan minyak masak, beliau juga menyumbangkan sedikit wang bagi keperluan mereka.

Sesiapa yg ingin menyumbangkan wang kpd asrama kaum Rohingya ini boleh berhubung dgn Mudirnya Ustaz Jaber ditalian 0193549311.

Anak-anak Rohingya dari Arakan yg belajar dan tinggal di Maahad ini tidak dikenakan apa yuran dan mereka bergantung hanya kpd wang fisabilillah sumbangan dari orang ramai. Mereka adalah saudara kita yang diusir dari negara sendiri yang wajar dibantu.