Ahd04302017

Last updateAhd, 30 Apr 2017 2pm

Faham Dan Ikhlas Menjamin Kemurnian Intima'

Faham Dan Ikhlas Menjamin Kemurnian Intima'


Intima' kita dengan gerakan Islam adalah kerana tuntutan akidah.

Gerakan Islam menolak intima' "syakhsi, afawi , maslahi, masiri, irtijali" dan segala macam jenis melainkan menerima intima' "aqidi".

Intima' "aqidi" hanya dapat dilaksanakan apabila mereka memahami syarat intima' dan benar-benar ikhlas kerana Allah tanpa sebarang kepentingan duniawi.

Memiliki kesedaran akidah dan haraki serta melazimi ilmu yang memahamkan berkenaan perkara usul, dasar dan prinsip merupakan syarat pertama bagi memiliki intima' "aqidi".

[Surat Al-Kahfi, ayat 103 - 105]

"Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?"

"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."

"Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak."

Intima' kita inilah yang menentukan kita berada pada "fi sabilillah" atau "fi sabili taghut".

Menentukan samada kita orang yang beriman atau kelompok munafiq yang suatu hari pasti disingkir Allah dari harakah Islam.

Moga Allah memelihara iman kita semua.

Muhammad Bazli Badarudin
24 Mac 2017

 

*Tulisan ini tidak diubah dari tulisan asal penulis. Tulisan ini juga tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media DUPP.