Isn08212017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 9am

Perlunya Hidup Berjemaah

PERLUNYA HIDUP BERJEMAAH !

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Kita tidak mampu buat semua kerja Islam. Sebab itu kita perlu berjemaah.

Dalam banyak-banyak kerja jemaah yang paling sukar dan sangat mencabar adalah membina generasi dan akar umbi yang memahami asas dan dasar Islam. Kemudian dari situ, memahami bagaimana strategi Islam disusun berdasarkan garis panduan hukum-hakam Islam.

Melaksanakan kerja dan perintah pimpinan dengan thiqah dan taat adalah disiplin berjemaah yang tidak boleh diabaikan. Waktu yang sama, membina ahli-ahli yang peka dan faham Islam perlu seimbang supaya hisbah, amal maaruf dan nahi mungkar bermula dari dalam dan bukan sekadar menyeru islah tetapi cakap tidak serupa bikin dalam pelbagai aspek perjuangan.

Kesabaran untuk berpegang dengan prinsip dan istiqamah berpandukan Quran dan Sunnah ketika diuji susah dan senang amat perlu dititik beratkan. Ada orang bertahan ketika diuji dengan susah. Namun, ketika diuji dengan kesenangan dan segala manfaat, pengorbanan untuk bertahan dengan prinsip akan dihadang dengan pelbagai alasan dan kata-kata untuk menghiasi tindakan yang berdasarkan nafsu dan kepentingan.

Apa pun bersabar dan istiqamah dapat menghasilkan suatu nikmat yang tidak dibayangkan di dunia ini (kemanisan Iman).


*Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media DUPP.