Sel07252017

Last updateIsn, 24 Jul 2017 11pm

Back Utama Sejarah PAS Sabah

Sejarah PAS Negeri Sabah

DETIK AWAL

Cadangan untuk PAS mengembangkan sayapnya ke Sabah telah lama dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung / Muktamar PAS Pusat. Namun cadangan tersebut tidak disusuli dengan tindakan bagi merealisasikannya.

Pada awal tahun 1986, satu perbincangan yang diadakan diantara Saudara Hamzah Haji Abdullah dengan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad melalui telefon telah disusuli dengan perjumpaan bagi mengaturkan tarikh pelancaran PAS Sabah.

Natijahnya ialah satu tarikh telah ditetapkan bagi memenuhi maksud tersebut. Maka pada 19hb Mei, 1986, PAS Sabah telah ditubuh dengan resminya dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS (sekarang Presiden), Tuan Haji Yusof Rawa(almarhum)

 

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN DAN PELANCARAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH

Tarikh 19hb Mei 1986
Masa 7.45 malam
Tempat Dewan Masyuarat, Kinabalu International Hotel (Sekarang Hyatt Int’l Hotel)

Mesyuarat dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta.

Yang DiPertua PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa, Naib Yang DiPertua PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Haji Abdul Malik Husein adalah pemimpin PAS Pusat yang datang untuk merasmi dan menghadiri mesyuarat penubuhan PAS Sabah. Majlis telah dipenuhi dengan ceramah oleh pemimpin berkenaan serta pemilihan AJK PAS Sabah.

Dalam meminta cadangan berhubung dengan penubuhan PAS Sabah, Encik. Jamaluddin Ismail dari Beaufort telah bangun untuk menyokong usaha baik PAS bagi mengembangkan sayapnya ke Sabah. Cadangan Encik Jamaluddin ini telah disokong oleh Tuan Haji Ismail Haji Wahab.

Oleh yang demikian, maka tertubuhlah PAS di Sabah atas kehendak dan permintaan sebahagian besar masyarakat Islam Sabah.

Walaupun mesyuarat diadakan didalam bulan Ramadhan, namun atas kegigihan para penyokong dan ahli-ahli PAS, mereka telah dapat menghadirkan diri bagi mempastikan kejayaan penubuhan PAS Sabah. Suasana pemilihan AJK PAS Sabah diadakan dalam keadaan baik serta teratur. Diakhir mesyuarat ini, satu sidang akhbar telah diadakan yang dihadiri oleh pemberita-pemberita dari pelbagai akhbar tempatan dan nasional.

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA PAS NEGERI SABAH

PESURUHJAYA Hamzah Haji Abdullah
TIMBALAN PESURUHJAYA I Ishak Shafei
TIMBALAN PESURUHJAYA II Habib Abdul Rahman Habib Alawi
TIMBALAN PESURUHJAYA III Haji Ismail Haji Wahab
SETIAUSAHA Cikgu Alias Tijad
BENDAHARI (kosong)
AJK PERHUBUNGAN Amir Kamsa (Sandakan)
  Zaaba Ismail (Kota Kinabalu)
  Hashim Abbas (Beaufort)
  Jain Bidin (Beaufort)
  Jamaluddin Ismail (Beaufort)
KETUA PEMUDA Hussain Qasau (sekadar cadangan)
KETUA MUSLIMAT Tahnia Bt Jeman

 

MESYUARAT PERTAMA AJK PENAJA BADAN PERHUBUNGAN PAS SABAH

Mesyuarat pertama AJK PAS Sabah telah diadakan bertempat di No.3, Flat C, Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Mesyuarat bermula jam 8.00 malam pada tarikh 11hb november 1986.

 

PENUBUHAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

Permohonan untuk menubuhkan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 24.9.1986. Nombor sijil pendaftaran bagi DPP Negeri Sabah ialah: PPM/SB-26/52-3319/(2).

Muktamar Penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah diadakan pada

Tarikh 13hb Nov, 1988
Masa 4.00 petang
Hari Ahad
Tempat Pusat Tarbiyyah Islamiah Sabah, Kota Kinabalu

Dewan Pemuda PAS Sabah telah mengadakan muktamarnya yang pertama pada 25 februari 1989. Muktamar ini telah dilangsungkan di Pusat Tarbiyyah Islamiyah Sabah, Kota Kinabalu dan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Saudara Hamzah Abdullah.

Ketua Dewan Pemuda yang pertama ialah Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad manakala setiausaha pertama ialah Sdra Tri Sukma Arshad.

 

PENYERTAAN AWAL PILIHANRAYA

PAS telah menyertai pilihanraya Sabah buat pertama kalinya pada 3hb ogos 1986, pilihanraya umum Malaysia bagi memilih Ahli Dewan Rakyat (ahli parlimen). PAS telah meletak tiga orang calon bertanding di tiga kerusi parlimen. Keputusannya adalah seperti berikut;

 

P136 Kota Belud

Nama Calon Parti Undi % Keputusan
MAIDOM PANSAI BN 8,155 49.75 MNG
YAPIN GIMPOTON BERJAYA 4,384 26.75
JAMLIDI BIN OLEH PAS 3,629 22.14
ASMARA BIN HAJI MOHD BILIN BEBAS 223 1.36 HD

 

P139 Jambongan

Nama Calon Parti Undi % Keputusan
METAH BIN ASANG @ MICHAEL ASANG BN 7,495 73.11 MNG
HAMZAH HAJI ABDULLAH PAS 2,757 26.89

 

P147 Kimanis

Nama Calon Parti Undi % Keputusan
NURNIKMAN BIN ABDULLAH BN 5,603 61.58 MNG
PG ALI UDDIN PAS 1,960 21.54
SEBASTIAN DIRIH ANJIM BERJAYA 1,535 16.87

 

SUMBER

1. Hamzah Hj. Abdullah, Sejarah penubuhan PAS Sabah, 2000
2. Hamzah Haji Abdullah, (Nota : Ustaz Abdul Hadi Awang dan Tuan Haji Subky Latif adalah dua tokoh PAS yang telah menyumbang banyak tenaga dalam membimbing PAS Sabah diperingkat awal)
2. Cikgu Alias Tijad, temubual melalui telefon.
3. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), laporan pilihanraya umum 1986
4. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kertas kerja “Tinta Emas Sejarah Penubuhan PAS Negeri Sabah”,http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=14608&Itemid=105