Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Back Utama Sejarah PAS Selangor

Sejarah PAS Negeri Selangor

PAS SELANGOR SEPINTAS LALU 1952 – 2011


Kemasukan:-

Dipertengahan tahun 1952, Panglima Jihad PAS Almarhum Ustaz Hasan Adli Hj Arshad dari Batu 20 Bagan Pasir, Bagan Datok Perak.  Almarhum telah membawa dan memperkenalkan PAS di Kampung Sungai Tawar, Sabak Bernam dan kampung-kampung lain dipersekitarannya melalui jalan sungai.

PAS dibawa masuk ke Selangor awal tahun 1953 melalui jalan darat pula telah dibawa oleh Almarhum Tn Hj Mohamad Nor Segambut ke persekitaran Kuala Lumpur Utara.


Penubuhan:-

Di akhir tahun 1953, PAS Selangor telah berjaya ditubuhkan dengan mempunyai beberapa buah ranting diantaranya:--

  • Air Tawar, Sabak Bernam
  • Parit 8 Kencong, Tg Karang
  • Segambut
  • Simpang 3 Gombak
  • Kg Baru, Kuala Lumpur
  • Batu 2, Jalan Tg Karang Kuala Selangor
  • Kuang dan Sg Choh, Hulu Selangor
  • Batu 9, Cheras dan Beranang, Hulu Langat
  • Sg Kandis, Kg Jawa dan Meru, Klang
  • Sijangkang, Kuala Langat


Pejabat PAS Selangor:-

Pejabat PAS Selangor pernah ditempatkan dibeberapa daerah di dalam Negeri Selangor seperti berikut:--

  • Kampung Baru, Sentul Kuala Lumpur
  • No.29D, Kawasan Tempatan Tg Karang
  • Jalan Pasar, Klang
  • Bt. 6 Sementa, Klang
  • Shah Alam

 

Bangunan PAS Selangor

PAS Selangor mempunyai bangunan sendiri di Batu 6, Sementa yang telah didirikan di akhir tahun 1980 an dan kini telah berpindah di bangunan baru di Presint Alama, Shah Alam. Bangunan PAS Selangor di Bt 6, Sementa telah diamanahkan kepada PAS Kawasan Kapar untuk mengurusknnya.


Kempimpinan PAS Selangora.

a) Pesuruhjaya PAS Selangor

  1. Almarhum Ustaz Jalil Sapuan
  2. Almarhum Hj Hamidon Husin
  3. Almarhum Sdr Ahmad Hasan
  4. Almarhum Dr Muhamad Hanif
  5. Almarhum Hj Abd Hakim Abdullah
  6. Tn Hj Yazid Jaafar
  7. Almarhum Hj Hamdan Bakri
  8. Almarhum Ustaz Hj Hassan Shukri
  9. Almarhum Hj Ismail Hashim
  10. Tn Hj Mohsinon Hj Tahir (Memangku 3 bulan)
  11. Almarhum Ustaz Hj Hassan Shukri
  12. Dato’ Dr Hj Hassan Mohamad Ali
  13. Dr. Hj Abd Rani Osman

 

b. Setiausaha Perhubungan Negeri PAS Selangor

  1. Almarhum Sdr Ahmad Hassan
  2. Almarhum Ustaz Yunus Yatimi
  3. Almarhum Sdr Abdullah Indin
  4. Cikgu Tn Hj Awang Ansori Ahmad
  5. Tn Hj Norhadi Hj Hasan Ali
  6. Almarhum Hj Hamidi Hj Abu Bakar
  7. Almarhum Cikgu Ahmad Majid
  8. Sdr Abdul B Abdul Karim
  9. Tn Hj Mohsinon Hj Tahir
  10. Tn Hj Ibrahim Omar
  11. Sdr Fauzi Shafie
  12. Cikgu Hj Khusrin Ramat
  13. Tn Hj Mohsinon Hj Tahir
  14. Sdr Norman Toha
  15. Tn Hj Yusuf Udin
  16. Sdr Khairuddin Othman


c. Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor

  1. Almarhum Ustaz Adnan Hashim
  2. Sdr Tarikh Joned
  3. Tn Hj Mohsinon Hj Tahir
  4. Ustaz Abd Wahab Arbain
  5. Tn Hj Mohsinon Hj Tahir
  6. Sdr Mustapa Kadir
  7. Dr. Shihabudin Ngah
  8. Dr Hatta Ramli
  9. Sdr Ramli Sidom
  10. Ustaz Sallehin Mukhyi
  11. Ustaz Hasbullah Ridzuan

 

d. Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor

  1. Tn Guru Hj Hakim Abdullah
  2. Tn Guru Hj Ismail Hashim
  3. Tn Guru Ustaz Khairullah Joned
  4. Tn Guru Omar Hashim
  5. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman

 

e. Ketua Dewan Muslimat

  1. Ustazah Mustinah Marsinan
  2. Ustazah Hasnah Mohd Nor
  3. Ustazah Tasimah Zaidun
  4. Ustazah Mustinah Marsinan
  5. Ustazah Wan Roslina Wan Yusof
  6. Ustazah Rosmiyati Khairuddin
  7. Ustazah Radin Bahjah Radin Hadi Munir
  8. Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan

 

Pilihanraya 1955

Pilihanraya pada tahun 1955, di antara kawasan Majlis Mesyuarat Persekutuan yang PAS Selangor tandingi ialah Klang. PAS telah meletakkan calonnya iaitu Almarhum Prof Dr Zulkifli Mohamad iaitu Timbalan Yang Dipertua Agong PAS melawan Ketua MCA Selangor, Lee Eng Teh.


Pilihanraya 1956 – 1957

Sepanjang Pilihanraya Local Council dan Town Council, PAS telah menyertainya dengan bertanding di beberapa buah kerusi di Tanjong Karang, Sabak Bernam dan Batu 9 Cheras. Malah telah berjaya menawan Local Council Meru.


Pilihanraya 1959 – 1969

PAS Selangor menjadi pencabar utama kepada Parti Perikatan walaupun tidak menang sebarang kerusi ketika itu.


Pilihanraya 1974

Pada pilihanraya tahun 1974 PAS Selangor telah bergabung dengan UMNO / Perikatan bagi memasuki pilihanraya atas tiket Barisan Nasional dan calonnya ialah daripada PAS iaitu Almarhum Hj Hamdan Bakri. Almarhum adalah calon tunggal daripada PAS Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.

 

Pilihanraya 1978, 1982, 1986

PAS Selangor memasuki medan pilihanraya secara bersendirian walaupun menghadapi kekalahan demi kekalahan. 
Pilihanraya 1990, 1995 PAS Selangor memasuki medan pilihanraya bersama Semangat 46. Beberapa kerusi telah ditandingi namun masih gagal memenanginya.


Pilihanraya 1999, 2004, 2008

PAS Selangor memasuki medan pilihanraya bersama Barisan Alternatif dan kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat. PAS berjaya mengorak langkah dengan memenangi 4 kerusi pada tahun 1999, hilang kembali semua pada 2004 tapi berjaya menawan kembali 8 kerusi. Sekarang PAS Selangor telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor.