Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

PAS pilihan ramai

Sekali Serban Dililit. 71

PAS Pilihan Ramai

Oleh : Nasrudin bin Hassan


1. PAS dikepong dari segenap arah. Serangan ke atasnya bertali arus. Fitnah dilemparkan ke arahnya bertubi-tubi. Namun pemimpinnya tenang sambil memacu perjuangan ini dengan langkah berhati-hati.

2. Islam menjadi agenda utama perjuangan PAS. Penyatuan ummah adalah usaha PAS secara berterusan untuk membina kekuatan.

3. PAS tidak hanya beraksi lincah di pentas politik tetapi perjuangannya diperkaya dengan pengkaderan yang mantap dan berterusan. Membina aqidah yang benar, fikrah Islami yang jelas dan syakhsiah yang soleh.

4. Budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi pendekatan terkini PAS sangat menguja masyarakat terbanyak untuk menilai peranan dan keberadaan PAS ditengah-tengah khalayak.

5. Politik matang yang bercirikan keteguhan prinsip perjuangan dan keterbukaan dalam variasi dakwah membuatkan indeks penyertaan ahli baru PAS sangat memberansangkan.

Berikut adalah rekod penyertaan ahli baru yang telah diluluskan dan dicatat sepanjang tahun 2017 ini.

i. - January 1951
ii. - February 5394
iii - March 5385
iv - April 7206

Jumlah : 19,936
Purata : 4984 ahli baru sebulan.


6. PAS terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai matlamat perjuangan. Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh Allah swt. Tanggungjawab kita ialah berjuang segigihnya untuk menjulang Syariat Islam dan izzah ummah sekaligus menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama.

Sekian.