Sab01212017

Last updateJum, 20 Jan 2017 5pm

Hormati Pandangan Usah Berlagak Dengan Gelaran

Hormati Pandangan Usah Berlagak Dengan Gelaran

Bergelar sebagai ilmuan Islam jangan terlalu meninggi diri atau terlalu ego dengan pencapaian kelulusan universiti. Kalau membela dikata 'WALAUN'. Kalau masing-masing membisu, nampak Tuan Dr makin melampau. Merapu pun ada.

Bila kawan-kawan kami membela, dianggap pula seperti Tuan Guru Presiden kami maksum. Saya hanya nak bagitahu satu, Tuan Guru kami telah abdikan diri untuk dakwah Islam semenjak dari muda hingga sekarang.

Tidak melatah nak komen dan kritik ilmuan Islam yang lain sewenangnya.

Setidaknya kami menjadi saksi betapa sukar untuk 'ISTIQAMAH' mentafsirkan Al-Quran Al-Kareem buat tatapan ummah sehingga dua kali khatam.

Kalau anda anggap beliau langsung tak faham pun tentang 'TAQIYYAH' yang diamalkan Syiah, usahlah berdabik dada sangat dengan ilmu yang kita tahu.

'ISTIQAMAH' seseorang itu dinilai oleh ummah. Membela Tuan Guru Haji Hadi tidak lebih kerana memahami di mana tempat sewajarnya untuk menghormati tokoh ini.

Jauh sekali dengan 'TAASUB'. Malas nak berbalah panjang, banyak kerja perlu dibuat untuk ummah.

Ustaz Hishamuddin Abdul Karim

.*tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media DUPP.