Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Sekilas Pandang Tentang Konvensyen Profesional

Konvensyen Profesional (K-Pro) yang dianjurkan oleh Jabatan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS di Cyberjaya hari ini (18 Mac 2017) telah membuktikan:

1. Presiden PAS didokong oleh golongan profesional. Golongan profesional dipandu oleh seorang ulama' yang berkaliber dan disanjungi oleh dunia.

2. Kejayaan K-Pro menafikan bahawa PAS kehilangan golongan profesional pasca Muktamar 2015, bahkan semakin ramai profesional muda bersama PAS, sama ada daripada bidang akademik (pensyarah), bidang industri, PTD, pegawai bank, pegawai GLC, usahawan, perunding, pelabur dan mahasiswa.

3. PAS sudah bersedia menjadi kerajaan dengan memiliki kepakaran disegenap sektor dan hanya menunggu masa untuk ditonjolkan. Ramai tokoh pakar dan kakitangan kerajaan bersama PAS dan mendokong aspirasi memartabatkan Islam di negara kita.

4. PAS keluar daripada politik populis kepada politik solusi, selaras dengan gagasan BPMS.

5. PAS sudah melepasi fasa konflik dalaman dan sekarang bergabung tenaga antara ulama', profesional dan aktivis bagi memacu perjuangan dengan lebih jelas sebagai harakah Islamiah dan goverment in waiting. Mendokong fikrah Islamiah harakiah dan membina negawaran Malaysia.

6. Gagasan Kerajaan Teknokrat yang dilontarkan oleh Presiden PAS merupakan salah satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah negara, dari konflik ke arah solusi. Gagasan ini perlu disambut dan diwacanakan dengan lebih terperinci.

Abdul Malik bin Ab Razak
Peserta Konvensyen Profesional 2017