Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

Petikan Kuliah Jumaat : Kisah Seorang Budak Yahudi Dan Pakcik Tua

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
KISAH SEORANG BUDAK YAHUDI DAN PAKCIK TUA

Satu kisah yang sangat menarik tentang mukjizat al-Quran. Beberapa puluh tahun yang lepas, ada seorang budak Yahudi yang tinggal di sebuah perkampungan Yahudi di Paris, Perancis. Di kampung tersebut terdapat sebuah kedai runcit milik seorang arab Turki yang sudah tua. Beliau tidak tahu berbahasa arab, tetapi memiliki akhlak seorang Islam.

Budak Yahudi tersebut selalu pergi ke kedainya. Setiap kali membeli, beliau akan mencuri sebiji gula-gula. Pakcik Tua itu dari awal sudah perasan tindakan budak itu, tetapi sengaja mendiamkan diri.

Suatu hari, budak itu pergi ke kedai tanpa mencuri gula-gula. Lalu pakcik itu memanggil dan bertanya, "kenapa hari ini tak ambil gula-gula?" Budak itu sangat terkejut. Rupa-rupanya perbuatan beliau selama ini diperhatikan.

Beliau terus meminta maaf akan kesilapannya. Bersungguh-sungguh. Pakcik itu berkata: "Tak apa. Cuma pakcik nak minta kamu berjanji tak kan mencuri lagi. Nanti setiap kali kamu datang kedai ini, pakcik bagi percuma sahaja gula-gula."

Sejak dari peristiwa itu, budak Yahudi itu selalu ke kedai untul berjumpa pakcik itu. Mereka menjadi rapat hinggalah budak tersebut meningkat ke alam remaja beberapa tahun berikutnya.

Setiap kali dilanda masalah dan susah hati, beliau akan mengadu kepada pakcik itu. Pakcik itu akan mengeluarkan sebuah peti kecil. Di dalamnya terdapat senaskhah al-Quran lalu beliau membacakan dua muka al-Quran dihadapan budak tersebut. Setiap kali mendengar bacaan al-Quran, beliau merasa tenang kembali.

Keadaan berlanjutan hinggalah beliau meningkat dewasa. Pakcik tersebut akhirnya meninggal dunia. Budak ini pergi menemui anak kepada pakcik tersebut. Beliau menceritakan bahawa ayahnya selalu membacakan kitab dari dalam peti kecil. Anak pakcik itu menjawab. "Oh ya. Benar. Ayah minta kami hadiahkan kepada kamu kitab itu."

Budak itu membawa pulang kitab tersebut. Apabila dibuka, beliau melihat perkataan-perkataan arab yang tersusun. Namun beliau tak mampu membacanya. Beliau hanya tahu bahasa Ibrani dan Perancis.

Lalu dia pergi menemui seorang kawannya berbangsa arab dari Tunisia. Kawannya itu menyatakan bahawa ini adalah kitab, yang turun kepada Nabi kami Muhammad SAW yang menjadi panduan kepada orang Islam.

Budak ini mencari terjemahan al-Quran dalam bahasa Perancis. Setelah beberapa ketika mengkaji, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Beliau terus mendalami ajaran Islam, dan menjadi seorang pendakwah.

Beliau telah berjaya mengajak kira-kira 6000 orang Eropah memeluk Islam dengan al-Quran. Namun ibunya tmasih tidak menerima Islam. Ibunya begitu marah kepadanya.

Beliau kemudian berhijrah ke Afrika, ke Senegal dan beberapa negara lain di sana. Beliau masuk ke penempatan suku kaum Zulu, dan berjaya mengislamkan jutaan suku kaum tersebut.

Baru beberapa tahun lepas, beliau diberitakan telah meninggalkan dunia di Afrika. Lebih mengejutkan, tidak berapa lama setelah beliau meninggal, akhirnya ibunya pula buat keputusan untuk memeluk Islam.

Inilah dia mukjizat al-Quran. Orang kulit putih, Yahudi, pun boleh terima al-Quran. Tapi kita orang Asia, melayu, cina dan india pula bersungguh melawan al-Quran. Tunjuk lebih dari orang putih lagi nak lawan al-Quran.

Masjid Rusila
3 Rejab 1438
31 Mac 2017

_(Alang Ibn Shukrimun)_

 

 

*Tulisan ini dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari tulisan asal penulis. Tulisan ini juga sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media DUPP,