Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

Lazimi Bersikap Benar, Jauhi Bohong

Lazimi Bersikap Benar, Jauhi Bohong

Oleh: Muhammad Hakimi Hussain


Di dalam satu hadis pernah menerangkan bahawa seperti di bawah ini:

"Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, sabda Rasulullah SAW; hendaklah kalian sentiasa bersikap benar. Sesungguhnya benar itu membawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa ke syurga, Seseorang yang sentiasa bersikap benar, akan ditulis di sisi Allah dengan seorang yang benar."

"Dan jauhilah kalian daripada bersikap bohong, sesungguhnya berbohong itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang yang sentiasa berbohong akan ditulis disisi Allah sebagai seorang pendusta."

Apa nilaian kita duduk dalam perjuangan andai dusta menjadi 'makanan ruji' kita.

Demi sebuah nama, kebenaran engkau korbankan. Moga kita semua bertaqwa kepada Allah.


*Tulisan di atas sama sekali tidak mewakili pendirian Media DUPP.