Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Tafsir Fi Zilalil Quran : Kitab Yang Paling Saya Sayang

TAFSIR FI ZILALIL QURAN: KITAB YANG PALING SAYA SAYANG


Kalau orang tanya saya, apa kitab yang paling saya sayang, maka inilah dia.

Dalam satu majlis, Syeikh Kurayyim Rajih Hafizahullah pernah ditanya oleh seseorang tentang tafsir "Fi Zilalil Quran". Dengan pantas beliau menjawab:

(Tafsir terbaik di alam moden !)

Beberapa detik sebelum syahid, Syed Qutb menceritakan bahawa beliau bermimpi melihat madu menitis dari sebuah bekas, sehingga mengalir memenuhi ruang bilik. Madu itu lalu melimpah keluar ke jalanraya. Ia terus mengalir hingga memenuhi setiap ruang.

Sahabat-sahabatnya bertanya apakah maksud mimpi itu? Dengan penuh tawadhuk beliau menjawab:

"Mungkin ianya bermaksud kitab-kitabku bakal tersebar dikalangan manusia, dan Allah menerimanya."

Benar sekali. Itulah yang berlaku kini.

Semoga Allah merahmati beliau. Beliau adalah lambang keberanian berkata benar dihadapan rejim zalim sehingga ke tali gantung. Beliau menterjemah sabdaan baginda melakukan jihad yang paling mulia, dan menjadi penghulu para syuhada. Malulah kita yang memperlekeh karya malah batang tubuh Syed Qutb, tetapi menyanjung pengampu rejim.


Marwan Sukrimun

 

*Tulisan di atas sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media DUPP.