Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 10am

Iskandar Tak Gugur Dalam Rombakan PAS


PAS pasca Muktamar 63 membuat rombakan dalam pentadbirannya dengan mewujudkan tiga zon pentadbiran – utara, selatan dan timur yang masing-masing diketuai oleh seorang Naib Presiden.

Zon Utara diketuai oleh Naib Presiden Ustaz Idris Ahmad, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Selatan di bawah Datuk Iskandar Samad untuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (termasuk Labuan) dan Selangor, manakala Datul Nik Amar bertanggungjawab atas Zon Timur yang mengandungi Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Dalam rombakan itu Datuk Mustafa Ali yang tidak putus-putus berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat sejaktahun 70-an setelah menjadi Ketua Dewan Pemuda pertama kali tiada dalam JKKKP dalam rombakan ini. Dia telah berada dalam badan tertinggi itu lebih lama daripada Presiden TG Haji Abdul Hadi Awang dan mungkin orang paling lama berada dalam barisan pimpinan utama itu.

Turut dirasakan oleh setengah orang diundurkan ialah Datuk Iskandar Samad, yang dipilih semula menjadi Naib Presiden tetapi tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya Selangor yang digantikan oleh Sallehen Mukhyi Adun dan bekas Exco kerajaan Selangor.

Dia diundurkan bagi meringankan tanggungjawabnya sebagai Naib Presiden yang terpaksa memantau lima buah negeri zon selatan dan tengah, satu keduduakan yang penting dalam usaha PAS memenangi semua negeri itu dalan PRU nanti khususnya Selangor, negeri yang menjadi sasaran PAS.

Maka pentadbiran Selangor diserahkan kepada Pesuruhjaya lain sambil ia dipantau oleh Iskandar sendiri. Ini bererti Selangor dijaga bersama oleh Iskandar dan Sallehen.

Dalam rombakan itu PJ Johor dan Terengganu juga bertukar. Datuk Dr. Mahfodz Mohamed digantikan oleh Ustaz Abdullah Husein, Adun Johor yang juga ahli JKKK pusat sejak 2015. Dr. Mahfodz sebagai Ketua Dewan Ulama pernah melepaskan PJ Johor itu sebelum Muktama 61 di Kuala Selangor dulu. Beliau kembali menjadi PJ kerana ramai pimpinan penting Johor terlibat dalam usaha mengubah konsep kepimpinan ulama dalam PAS.

PJ Terengganu, Datuk Husein Awang adalah bekas Speaker Terengganu, seorang ulama seangkatan dengan TG Haji Hadi dan Ustaz Harun Taib,

Sebagai PJ inilah pertama kali beliau masuk dalam mesyuarat pimpinan tertinggi itu sekalipun tidak jadi anggota JKKK kerana PJ lazimnya menghadiri mesyuarat JKKKP Pusat.

Yang betul-betul baru dalam pimpinan parti itu ialah Dr. Samsuri, Setiausaha Politik Presiden sejak beberapa penggal lalu yang kini menjadi ketua urusan pilihan raya yang menjadi seorang dari anggota jawatan kuasa harian dan lajnah politik PAS Pusat. Dia menggantikan Datuk Mustafa Ali yang pertama kali tiada dalam barisan depan sejak lebih 40 tahun.

Demi beliau adalah orang dihormati oleh semua dalam parti, saya tidak fikir dia sengaja digugurkan justeru kemahirannya dalam politik parti itu. Tetapi dalam pertemuan singkat saya dengannya dan TG Haji Abdul Hadi Awang dalam muktamar baru-baru itu, dia mengaku sakit lutut yang sukar untuk cergas. Kesihatannya dari lutut ke atas terkawal. Dari lutut ke bawah terganggu.

Itulah masalah saya menyebabkan saya berundur tahun 2006 dulu. Ditanyanya saya tentang masalah saya dari lutut ke bawah. Jawab saya sudah lebih 10 tahun tidak bermasalah lagi.

Apa ubat saya? Tanyanya. Jawab saya, semua yang dikatakan ubat, saya makan. TG tergelak dan saya faham Tok Guru mengetahui keuzurannya.

Kepantasan berfikirnya dan memahami politik tinggi masih tidak terganggu. Masalah kaki dan lutut dululah yang menghalang saya cergas.

Rombakan PAS ini strategi kabinet perang dan budaya politik matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 9/5/2017