Rab08232017

Last updateRab, 23 Ogs 2017 10am

Tazkirah Ramadhan Siri 22/1438h

Tazkirah Ramadhan Siri 22/1438h

Tadabbur Al Quran Juzuk 22: Surah 34 Saba' : Ayat 28

Terjemahannya:
Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan._
_Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Tafsir ringkas:

1) Allah mengutuskan? Nabi Muhammad S.A.W kepada segenap umat manusia, sebagaimana pengertian yang disebutkan melalui firmanNya:
_Katakanlah, "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu sekalian." (Al Araf : 158)_

2) Dakwah yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W adalah menyampaikan berita gembira iaitu masuk syurga bagi orang-orang yang taat kepadaNya, dan  memberikan peringatan iaitu masuk neraka bagi orang-orang yang derhaka kepadaNya.

3) Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Ini disebutkan dalam firmanNya:
_Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. (Yusuf: 103)_

Pengajaran

1. Nabi Muhammad S.A.W bukan hanya diutus kepada bangsa Arab tetapi semua manusia yang berbilang bangsa bahkan kepada golongan makhluk yang lain sehingga hari Kiamat.

2. Dalami ilmu syariat hukum-hukum dan peraturan-peraturan telah ditetapkan Allah. Ia disampaikan oleh Nabi agar kita merasai rahmatNya dan mengelakkan daripada mengingkari peringatan Nabi Muhammad S.A.W

3. Praktikkan ilmu yang lebih meluas tentang adab-adab atau cara hidup yang digariskan dalam Islam, sebagai seorang muslim, anak, ibu bapa, pelajar,  pekerja,  ketua dan sebagainya.«

Contohnya, 'Adab Seorang Pekerja' adalah seperti :
 ~Jujur dan amanah ketika bekerja. Oleh itu sekiranya waktu bekerja ialah lapan jam, maka dia hendaklah mencukupkan jam bekerja tersebut. Jika tidak, dia perlu menggantikan jam atau sebahagian hasil gaji, disedekahkan kepada orang lain.

 

Rujukan:
Tafsir Ibn Kathir Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Penerangan & IT DMPK Gombak.
22 Ramadhan 1438h/ 17 Jun 2017