Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Kekalkan Momentum Ramadhan Meraih Taqwa

 

KEKALKAN MOMENTUM RAMADAN MERAIH TAQWA :
 Bangun waktu sahur untuk makanan rohani.

[Surat Adh-Dhariyat 18]

1. (Orang yang bertaqwa itu) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun ) setelah siang penuh dengan makanan jasmani dan nafsu .

[Surat Aal-E-Imran 17]dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

2. Begini lah rahimNya Allah mentarbiyah hambaNya menuju taqwa menerusi kaedah kebiasaan selama 29-30 hari secara berterusan. Keberkesanan tarbiyah Allah kepada hambaNya apabila amalan bangun sahur itu dapat diteruskan sepanjang 11 bulan yang lain.

3. Begitulah amalan soleh yang lain. Perlu dilakukan secara berterusan dengan kesabaran dalam 30 hari agar sebati menjadi kebiasaan  dalam hidup.

4. Galakan bangun makan sahur adalah strategi mengumpan hamba/manusia yang fitrah nya suka makan agar sanggup bangun walaupun pada hujung malam (saat paling lena) pada hal waktu sahur itu sebenarnya saat yang paling bernilai kepada seorang hamba untuk berdua-duaan dengan TUANnya yang sebenar mengadu nasib kerdilnya diri dan meletakkan sepenuh  pasrah di atas segala takdir Allah kepadanya dan memohon agar menjadi hamba Saburan Syakuran.[Surat Al-Ahqaf 15]

5. Dengan segala ni'mat dan taqdir...Memohon meminta merayu agar diberi kekuatan termasuk dalam golongan sebaik-baik ummah kerana ummah yang terbaik ini dijanjikan kejayaan kemenangan dunia dan akhirat Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan  yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menegakkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


#RamadanMadrasahMuttaqin
#KekalkanmemontumRamadan
#JadilahHambaPemilikRamadan

 

Dr Uswah Tahir
Pengerusi Laj.Pendidikan DMPM