Isn08212017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 9am

Tinta Ulamak ( Siri 75 ) : Jauhi Diri Dari Melakukan Dosa Besar

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Tinta Ulamak ( Siri 75 )
15 Mac 2017M / 16 Jamadil Akhir 1438H - Rabu

Jauhi Diri Dari Melakukan Dosa Besar


Firman Allah SWT : 

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).

Surah An-Nisa' 31

Peringatan dari Allah SWT ini jelas menunjukkan penegasan untuk menyedarkan manusia agar menjauhi dosa-dosa besar kerana ia mengundang kemurkaan Allah SWT.

Perkara paling berharga dan bernilai pada manusia di akhirat kelak adalah keredhaan Allah SWT maka demi memiliki redha Allah SWT langkah utamanya menjauhi segala dosa-dosa seeta perkara yang menjadi larangan Allah SWT.

Antara dosa-dosa besar seperti :

1. Syirik (Menyekutukan Allah s.w.t.)

2. Berputus asa dari mendapatkan rahmat Allah s.w.t.

3. Merasa aman dari ancaman Allah s.w.t.

4. Berbuat durhaka kepada kedua orang tua.

5. Membunuh manusia tanpa hak.

6. Menuduh wanita baik-baik berbuat zina.

7. Memakan riba'.

8. Memakan harta anak yatim.

9. Meminum arak (minuman keras).

10. Berjudi.

Disediakan oleh:

Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.