Kha08242017

Last updateKha, 24 Ogs 2017 1pm

Tinta Ulamak ( Siri 76 ) : Penghormatan Islam Kepada Wanita


Lajnah Penerangan

Dewan Ulamak PAS Pusat

Tinta Ulamak ( Siri 76 )
16 Mac 2017M / 17 Jamadil Akhir 1438H - Khamis

Penghormatan Islam Kepada Wanita



Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Surah An-Nisa' 19

Perkahwinan adalah salah satu perkara yang semakin hari terus menjadi rapuh kerana kurangnya kefahaman menjaga dan memelihara ikatan suci ini dengan baik.

Melalui ayat di atas Allah SWT menjelaskan bagaimana cara kita menghormati wanita serta ganbaran menguruskan wanita tanpa menggunakan kekasaran yang akhirnya memberikan mudharat pada mereka.

Islam menghormati wanita dengan cara terbaik bahkan adil membela nasib mereka, justeru tatkala ada pihak-pihak yang cuba meracuni keharmonian Islam dengan perbandingan logik akal, usaha tersebut sekadar tindakan disandarkan kepada nafsu semata-mata.

Disediakan oleh:

Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.