Jum04282017

Last updateKha, 27 Apr 2017 6pm

Tinta Ulamak ( Siri 77 ) : Beriman Dengan Kebenaran Al-Quran

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Tinta Ulamak ( Siri 77 )
17 Mac 2017M / 18 Jamadil Akhir 1438H - Jumaat

Beriman Dengan Kebenaran Al-Quran


 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".

[Surah Yunus 108]

Al-Quran warisan yang diberikan kepada umat Islam bahkan menjadi rujukan dalam ruang kehidupan manusia. Betapa malanganya bagi orang Islam yang tidak mampu membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.'

Justeru, segala kekeliruan dan jawapan dalam kehidupan terkandung di dalam Al-Quran namun seandainya ia tidak dijadikan sebagai sumber utama sudah pasti hidup akan terus kelam tanpa panduan.

Jom ambil masa membaca Al-Quran dan hayati betapa indahnya kalam tuhan.

Disediakan oleh:

Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.