Rab08232017

Last updateRab, 23 Ogs 2017 10am

Badar : Semulia-Mulia Pasukan vs Sejahat-Jahat Makhluk



BADAR, SEMULIA-MULIA PASUKAN VS SEJAHAT-JAHAT MAKHLUK



Badar al-Kubra merupakan peristiwa agung yang berlangsung pada semulia-mulia bulan, iaitu Ramadhan. Ia merupakan hari Furqan.
Pertempuran yang dipimpin oleh semulia-mulia pemimpin, iaitu Rasulullah SAW. Dibantu oleh semulia-mulia malaikat, iaitu Jibril bersama para malaikat yang lain.

Didukung oleh semulia-mulia pengikut, iaitu para sahabat ahli Badar yang setia dalam keadaan selemah-lemah persediaan. Merekalah pasukan yang paling mulia kerana bersih dari keanggotaan munafiqin.



Ahli Badar berjaya menumpaskan tentera yang dipimpin oleh sejahat-jahat kafir iaitu Abu Jahal. Nabi menamakannya sebagai Firaun bagi umat ini.
Turut turun padang adalah sejahat-jahat makhluk, iaitu Iblis yang menjelma sebagai Suraqah bin Malik menjadi pembakar semangat bagi pasukan musyrikin.

Dianggotai oleh sejahat-jahat saudara, iaitu Musyrikin Quraisy yang degil menerima dakwah Nabi. Sedangkan Nabi merupakan saudara mereka sendiri.
Betapa perlunya sebuah peristiwa besar, demi memisahkan antara kebenaran dan kebatilan.

Abdul Mu'izz Muhammad