Rab08232017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 6pm

Awas, Anda Sedang Berpuasa



AWAS, ANDA SEDANG BERPUASA!

Dalam Kitab Ramadhan Wa Al-Naas karya Syeikh Abdul Salam Hashim Hafiz menerangkan sifat-sifat orang yang berpuasa namun tidak mendapat ganjaran pahala:

"Adapun orang-orang yang enggan menempuhi perjalanan yang suci (iaitu puasa Ramadhan) dan sibuk dengan mendedahkan keaiban manusia, mereka adalah pemakan daging manusia dan pemfitnah terhadap maruah mereka. Golongan ini hanya mensia-siakan hidup mereka dengan mengada-adakan pembohongan terhadap orang lain. Maka (dengan perbuatan sedemikian), mereka tidak keluar dari bulan yang mulia ini melainkan dengan rupa yang hodoh lagi cacat dan puasa yang mereka laksanakan tiada mendapat habuan melainkan lapar dan dahaga".

Umat Islam sewajibnya menyibukkan diri dengan amal ibadah di bulan Ramadhan dan bukan sibuk untuk mendedahkan keaiban orang lain. Ramadhan datang sebagai gencatan senjata daripada bertelagah sesama umat Islam. Ramadhan adalah bulan penyatuan umat Islam dibawah bumbung akidah perjuangan dengan mengenali siapa kawan dan siapa lawan! Ramadhan datang untuk merubah sikap kita daripada muslim kepada mukmin dan seterusnya muttaqin. Sayangilah hari-hari anda di Ramadhan yang masih berbaki, ittaqillah.

Asri ed-Diwanie