Rab08232017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 6pm

Lailatul Qadr


Lailatul Qadr

Malam al-Qadr adalah malam diturunkan al-Quran. Ia bukan kitab cadangan dari Allah yang membolehkan kita bersikap selektif dan menjadikannya sebagai alternatif.

Sebaliknya al-Quran sebagai keputusan mutlak dari Allah yang wajib dilaksanakan. Maka padanlah malam penurunan al-Quran tersebut dinamakan sebagai al-Qadr yang bermaksud:

- Ketetapan hukum Allah
- Pentadbiran Allah

Di permulaan surah al-Dukhan, Allah telah mengisytiharkan berkatnya malam al-Qadr adalah kerana penurunan al-Quran.

Kitab yang membawa ajaran yang jelas. Ancaman buat golongan yang degil. Ia bukan bahan eksperimen, bahkan solusi dari Allah yang pasti berkesan.

Justeru bagi meraih kelebihan Lailatul Qadr, kita mestilah terlebih dahulu menyucikan diri dari doktrin sekular yang cuba menyahkan fungsi sebenar al-Quran. Semoga kita semakin beriman dengan al-Quran.

Abdul Mu'izz Muhammad
16 Jun 2017