Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Ulamak Antara Rukhsah Dan Azimah

 

PETIKAN UCAPAN DR ALI QURRAH DAGHI
Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia

ULAMAK ANTARA RUKHSAH DAN AZIMAH

Sabda Rasulullah SAW

Ulama adalah pewaris Anbiya.

Antara peranan ulama sebagai pewaris anbiya adalah menjadi qudwah (role-model) kepada manusia lain, terutama pada sumbangan dan pengorbanan. Oleh itu pendirian ulama perlu berbeza dalam hal mengambil rukhsah (keringanan yang dibenarkan syarak). Walaupun Islam mengharuskan, tetapi sebagai qudwah kepada manusia lain, mengambil Azimah (hukum asal) adalah lebih baik.

Kita boleh mengambil contoh Imam Ahmad bin Hanbal, sewaktu dipenjara dan diseksa oleh pemerintah pada zamannya yang menganut fahaman Muktazilah. Beliau dipaksa untuk mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk.

Melihat penderitaan yang dialami oleh Imam Ahmad, ramai rakan-rakannya meminta beliau melafazkan sahaja apa yang dipinta. Ini bagi menyelamatkan dirinya. Rakan-rakannya memberitahu walaupun lafaz itu salah dari sudut akidah, tetapi ia dibolehkan atas nama rukhsah kerana menyelamatkan nyawa.

Imam Ahmad menolak permintaan tersebut. Beliau dengan tegas menjawab:

"Jika ulama diam kerana menyelamatkan diri, dan orang jahil pula bersuara, maka bilakah akan terzahir kebenaran?"

Menunjukkan bahawa Ulama perlu berbeza dengan orang awam dalam mengambil sesuatu langkah.

Perkara ini boleh dilihat dari sikap keluarga Yaasir. Ammar bin Yaasir mengambil rukhsah dengan melafazkan kata-kata kufur untuk menyelamatkan nyawanya. Kerana Ammar pada waktu itu masih kecil, tidak menjadi berada pada kedudukan qudwah.

Berlainan dengan bapanya Yaasir dan ibunya Sumayyah, mereka tidak mengambil rukhsah melafazkan kufur, sebaliknya kekal dengan azimah. Akhirnya mereka berdua mati dibunuh daam keadaan yang sangat menyeksakan. Menjadi dua umat Islam pertama bergelar syuhada. Ini kerana mereka adalah qudwah kepada umat Islam lain.

Seminar Mimbar al-Quds
Istanbul, Turki
20 Syawal 1438
14 Julai 2015

(Alang Ibn Shukrimun)


*Artikel di atas sama sekali tidak mewakili tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara). Artikel ini dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal. Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.