Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Pelita Kehidupan

Pelita Kehidupan



Tanpa pelita
Manusia hidup dalam gelita
Walaupun punya mata
Tapi
Tiada sinar
Buat menyuluh
Di kegelapan malam



Begitu juga hidup ini
Tanpa Nur Penyuluh
Manusia jadi buta
Dalam mencari kebenaran
Kerana
Kepalsuan
Ternampak cantik dan menarik
Kerana dosa dan pahala
Tidak lagi
Dikira salah dan silap
Lantaran diri
Punya kuasa
Dan ternama
Siapa berani
Bicara insan ini
Melanggar Agama
Dan tata susila bangsa

Pelita Kehidupan
Tanpa Agama
Insan bisa
Lupa diri
Walaupun
Ia bernama Muslim
Walaupun
Ia mengaku beriman
Kerana
Syaitan dan nafsu
Bersarang hati
Melekat di minda
Sehingga
Tidak terasa gerun dan takut
Pada Ilahi

Sayang
Cahaya pun hilang
Tanpa sinar
Tanpa pelita
Insan pun buta
Dalam menilai
Di antara
Permata dan kaca

Ust Md Ali Jamil
Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
7.39 pagi (Rabu )
2 Ogos 2017