Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Nasab Keturunan Urusan Mulia, Ia Perlu Ditentukan Dengan Perkara Yang Mulia

 

NASAB KETURUNAN URUSAN MULIA, IA PERLU DITENTUKAN DENGAN PERKARA YANG MULIA

Penentuan nasab mestilah menerusi perkahwinan yang sah kerana ia perkara yang mulia. Penzinaan adalah perkara hina, tidak layak untuk dijadikan asas dalam menentukan nasab.

Islam menetapkan penentuan nasab (meletakkan bin) berdasarkan kepada perkahwinan yang sah. Kalau anak itu hasil persetubuhan luar nikah, ia tidak boleh dibinkan kepada lelaki itu walaupun memang sahih bahawa anak dari benih lelaki itu.

Lelaki itu, hanyalah bapa biologi, bukan bapa sebenar yang diiktiraf dalam Islam. Kalau dibenarkan penentuan nasab berdasarkan pengesahan dari sudut biologinya sahaja, maka tiada perlu perkahwinan. Hilang hikmah besar dari perkahwinan.

Binatang tidak kisah soal nasab. Dia boleh berzina dengan ibu nya semula, atau dengan ayahnya.

Adakah Islam tidak menjaga kemaslahatan anak luar nikah? Letaklah "bin" kepada ayah biologinya. Dia tidak bersalah.

Jawapan - menjaga kemasalahatan nasab keturunan lebih utama dari menjaga kemaslahatan anak itu. Kalau semua anak luar nikah boleh dibinkan kepada bapa biologi tanpa perkahwinan yang sah, maka tiada keperluan untuk akad nikah.

Antara hikmah berkahwin ialah menjaga nasab keturunan.

?? Dr. Muhamad Faisal