Pertandingan Cipta Logo Muktamar PAS Kali Ke-72

Poster Pertandingan Cipta Logo Muktamar PAS Kali Ke-72

📥 Borang Penyertaan Pertandingan Logo (Klik sini)

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
  2. Setiap peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disediakan di laman web rasmi (www.pas.org.my/logomuktamar).
  3. Penyertaan adalah percuma.
  4. Penyertaan dibuka pada 5 Ogos 2026 hingga 12 Ogos 2026, jam 12:00 tengah malam.
  5. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  6. Semua penyertaan adalah milik penganjur.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Kriteria Logo

  1. Reka bentuk hendaklah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur sensitif.
  2. Logo menggambarkan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 dan ciri-ciri lokasi Muktamar Tahunan kali ini di negeri Kelantan.
  3. Logo melambangkan identiti Kelantan, seperti elemen budaya, warisan, seni serta simbol negeri yang bersesuaian.
  4. Logo yang dikemukakan hendaklah bebas daripada sebarang unsur plagiat dan tidak boleh menggunakan, meniru atau mengubah suai mana-mana logo atau reka bentuk yang telah diterbitkan atau digunakan oleh pihak lain.
  5. Penggunaan warna tidak melebihi 4 warna dan reka bentuk menarik serta kemas.
  6. Logo mestilah mempunyai penjelasan terhadap reka bentuk, simbol dan warna yang digunakan.
  7. Logo dan penjelasan logo hendaklah dalam 1 dokumentasi bersaiz A4 berwarna putih (21cm x 29.7cm, resolusi 300dpi).

Cara Penghantaran Penyertaan

  1. Hantarkan penyertaan anda dalam bentuk softcopy:
    • (a) Satu (1) dokumen format .pdf, .ai atau .psd, DAN
    • (b) Satu (1) dokumen format .jpeg, DAN
    • (c) Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi.
  2. Hantar ke e-mel: logomuktamar@pas.org.my

📥 Borang Penyertaan Pertandingan Logo (Klik sini)